Langkau ke kandungan utama

Catatan

Mendaftar Ke Akaun Email sehingga blog anda berkesan

Langkah Pertama: Sila mendaftar akaun email anda ke mana-mana jenis carian contoh seperti google email, Yahoo Mail atau apa sahaja jenis email yang anda berminat untuk mendaftarkan untuk akaun email anda. Langkah kedua: Sila mendaftar akaun Blog-blog yang anda berminat. Terdapat banyak jenis blog yang ada didalam dunia internet ini. Salah satu contohnya ialah Blogger.com Langkah ketiga: Pilih nama blog anda yang boleh merangkumi seluruh jenis tajuk yang anda masukkan didalam blog anda itu sehinggakan blog itu akan berkembang sehingga blog anda akan menjadi berjaya dan terkenal diseluruh dunia. Langkah keempat: Pilih tajuk Blog anda, Sebagai contoh Perniagaan , Kesihatan, Pelancongan dan lain-lain. Langkah Kelima: Kembangkan blog anda seperti update setiap minggu atau bulan supaya blog anda menjadi sebuah blog yang aktif sepanjang Tahun. Kerana bukan mudah menulis blog setiap minggu jika kita tidak mempunyai disiplin yang rajin menulis dan menaip. Jika kita lihat kebanyakannya blogger ...

Pendahuluan Bloggerkudengking

ini adalah logo Blogger.com Apakah itu Blogger? What is Blogger? Ok Blogger adalah sebuah laman sesawang yang dimilik oleh Google serta ia merupakan sebuah kemudahan Blog yang Percuma. Pada pendapat saya, Blogger ini adalah sebuah blog yang mudah dan pantas apabila anda mendaftar di laman blogger ini, anda akan mulai mengetahuinya. Blogger ini boleh digunakan untuk mencatat kehidupan peribadi atau lebih dikenali sebagai diary. Disamping itu juga catatan untuk pengembaraan anda ke mana-mana sahaja anda pergi, kita bolehlah menulis di dalam Blogger ini. Blogger ini juga boleh digunakan untuk menjana pendapatan, ia mempunyai cara dan skill setiap Blog. Sebenarnya banyak lagi laman-laman sesawang penyediaan blog ini secara percuma antaranya ialah wordpress.com, blog.com, blogdrive.com,dan ada pelbagai lagi. Akan tetapi kenapa saya memilih untuk menggunakkan Blogger? 1) SEO friendly Blogger sangat sesuai untuk bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia blogger....

Kata Penghantar Kudengking

Syukur kepada Tuhan kerana telah memberikan saya serba sedikit tentang cara untuk memulakan blog kepada saya. Dengan itu, saya akan memberikan ilmu pengetahuan bagaimanakah cara untuk membuat blog secara berperingkat agar semua pembaca dan juga blogger-blogger yang masih baru dapat mempelajari cara ini agar semua isi kandungan pengetahuan ini dapat dikongsikan. Saya juga berharap blog saya ini mudah difahami oleh masyarakat diluar sana. Di Akhir, pembelajaran cara untuk membuat blog ini nanti, pembaca akan mendapat sesuatu yang berguna dan juga tips untuk memantapkan lagi laman sesawang masing-masing. Saya juga sangat mengharap di masa akan datang , lahirlah blogger-blogger yang terkenal dan berjaya, agar kita orang local boleh bersaing dengan negara-negara luar tentang dunia internet yang semakin hari semakin mencabar. Selamat berjaya!

Apa itu Google AdSense?

Google AdSense adalah program yang dijalankan oleh Google melalui penerbit laman web di rangkaian Google yang mana kandungan laman web menyediakan teks, imej, video, atau iklan media interaktif yang ditargetkan kandungan laman web tersebut kepada para penonton laman web. Iklan-iklan ini ditadbir, diisih dan diselenggarakan oleh Google. Mereka atau google boleh menjana pendapatan sama ada pada setiap per klik atau per-kesan. Google beta menguji perkhidmatan kos setiap tindakan, namun dihentikan pada Oktober 2008 memihak kepada tawaran DoubleClick (juga dimiliki oleh Google). Pada tahun 2014, Google memperoleh pendapatan AS $ 3.4 bilion ($ 13.6 bilion tahunan), atau 22% daripada jumlah hasil, melalui Google AdSense. AdSense adalah peserta dalam program AdChoices, jadi iklan AdSense biasanya termasuk ikon AdChoices berbentuk segitiga. Program ini juga beroperasi pada kuki HTTP. Lebih 11.1 juta laman web menggunakan AdSense. Gambaran keseluruhan : Google menggunakan teknologinya untu...

Apakah itu SEO, Tujuan dan Jenis Pengoptimuman?

Anda mungkin telah menemui istilah SEO semasa anda aktif dalam dunia maya/internet. Untuk laman pengamal atau blog, istilah SEO bukanlah sesuatu yang baru atau asing. Tetapi untuk pengguna internet biasa, apa itu SEO dan mengapa begitu banyak orang mahu belajar sehingga menjadikan soalan ini tidak terjawab. SEO sebenarnya bermaksud pengoptimuman enjin carian. Oleh itu, SEO boleh ditakrifkan sebagai perniagaan atau aktiviti tertentu yang bertujuan untuk mempengaruhi penglihatan atau kedudukan tapak di enjin carian. SEO biasanya melibatkan pelbagai teknik pengoptimuman kata kunci (key word) yang telah perlu di pelajari dan di kaji terlebih dahulu. Laman yang telah dioptimumkan ditandakan oleh pandangan tapak di bahagian atas halaman utama enjin carian - terutamanya Google, apabila pengguna menaip kata kunci / key Word tertentu. Apakah Objektif dan Manfaat SEO? Matlamat yang asas SEO adalah untuk mendapatkan kedudukan yang optimum dalam enjin pencarian. Matlamat lain, seperti mendapat...

Bagaimana untuk mendapatkan Google ke Indeks Artikel Baru di Laman Web

Bagi mereka yang masih tidak mengetahui, Google sekarang memiliki rumah baru untuk GWT atau Alat Webmaster Google. Meskipun telah lama dikenali sebagai Search Console, wajah baru GWT baru di lancarkan dan digunakan secara global dalam beberapa bulan. Google Search Console terbaru ini, ada beberapa perubahan besar yang telah dapat dilihat. Efek yang sederhana, namun ia telah dimodernkan sekarang lebih dominan dan beberapa faktor sedang difasilitasi, salah satunya adalah indeks permintaan yang lebih pendek daripada Alat Webmaster lama. Ini adalah langkah-langkahnya. Buka Google Web Search Console atau klik tautan ini. Kemudian klik Periksa URL dan tampalkan url posting baru dari web yang ingin Anda indeks. URL yang digunakan haruslah telah didaftar di Google Search Console terlebih dahulu. Untuk melanjutkan, tekan tombol enter. Search. Tunggu seketika sehingga sistem berjaya mengimbas untuk kewujudan URL yang diperiksa. Akibatnya, jawatan yang tidak dicentang tidak...

Top 10 Topik Blog yang paling ramai mengunjungi (2019)

Apabila anda sedang memulakan sesuatu blog, Selalunya pertanyaan dalam diri anda ialah memikirkan jenis topik blog yang paling ramai orang akan mengunjungi dan gemar untuk mengongsikan kepada rakan-rakan, keluarga dan orang ramai. Terdapat banyak jenis topik blog yang boleh menyebabkan pembaca menjadi seperti itu. Untuk blog yang berjaya, anda perlu memilih niche yang sesuai dengan keperibadian dan minat anda serta niche tersebut boleh diceritakan sehingga ke masa akan datang. Di Dalam artikel blog saya ini, saya akan memberikan pendapat tentang beberapa topik blog yang sangat popular yang anda akan memulakan juga sekarang. Apa itu Niche? Niche ialah suatu fasa kata untuk tajuk atau subjek bahasa tertentu yang di pusatkan atau difokuskan dan diminati dikalangan pembaca tertentu . (popular/Viral) untuk mengetahui lebih tentang niche, anda boleh melayari panduan di wikipedia tentang istilah niche dengan lebih terperinci. Bagaimana untuk menentukan Niche Saya? Untuk ...

Alat automatik/automasi Iklan Google untuk syarikat (1024 sektor)

APA ITU ADWORD GOOGLE? Ini adalah platform yang ditubuhkan oleh Google untuk memberi perkhidmatan kepada pengiklan (pemilik laman web) di internet. AdWords ini adalah alat yang membolehkan syarikat atau individu menawar untuk kata kunci yang mereka ingin tampil di hasil carian Google, yang relevan dengan perniagaan mereka. Di Google AdWords, anda bebas untuk menetapkan pelbagai Iklan tanpa bayaran; anda hanya membuat bayaran apabila orang mengklik iklan tersebut. Iklan-iklan ini boleh memaparkan iklan, carian iklan, atau iklan video; Yang mana video YouTube anda, Apl mudah alih, iklan beli-belah, laman web penerbit dan sebagainya. Keindahan Google AdWords adalah bahawa selepas menghabiskan sedikit wang untuk klik untuk membawa pengunjung atau lalu lintas ke tapak anda, anda boleh menjejaki dan menganalisis hasil atau data khalayak anda untuk mengetahui cara yang lebih baik untuk menargetkan mereka. Bilakah kita perlu menggunakan Google AdWords Google AdWords adalah perlu bagi setiap p...

Idea blog yang boleh dibuat

Idea-idea yang menarik untuk membuat blog yang berprestij tinggi untuk mengembangkan blog anda: Resipi Politik Pemanasan global Keibubapaan Petua blogging Pengalaman hidup Tinjauan produk atau perkhidmatan Keluarga Permainan Pengalaman perjalanan Pendidikan Amal Aktivisme Muzik Selebriti Cerita-cerita peribadi Jenaka dan humor Mitos Sejarah Sukan Pendidikan Saya lebih berminat membuat blog beraneka jenis supaya blog itu tidak membosankan.

Aplikasi Komputer

Aplikasi Komputer atau Aplikasi Perisian adalah program komputer yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan (Programming) dan digunakan untuk menyelesaikan masalah tertentu. Fungsi aplikasi ini berfungsi untuk melakukan pekerjaan mengikut keperluan pengguna.  Beberapa contoh aplikasi komputer termasuk:  Program di dunia perbankan digunakan untuk menyediakan pelanggan dengan maklumat akaun bulanan.  Program dalam syarikat penerbangan yang menyediakan maklumat tempahan dan jadual penerbangan.  Merupakan satu jenis perisian( sofware) komputer. Jenis-jenis aplikasi komputer juga termasuk seperti: APLIKASI KOMPUTER UNTUK GRAPHIC Aplikasi komputer grafik mula berkembang pada akhir 1950-an dan awal 1960-an. Merupakan program komputer yang digunakan dengan melukis imej yang memberikan dimensi baru ke medan komputer pada masa itu.  Terdapat 2 cara nyata yang anda boleh memasukkan maklumat grafik ke dalam komputer ke dalam aplikasi, iaitu:  Gra...

Site Map

Kandungan di dalam blog saya ini: 1. Cara membuat email gmail 2. Cara mendaftar ke blogger 3. Mengenali muka depan blogger 4. Cara membuat Blog baru 5. Cara membuat posting/artikel pertama anda. 6. Cara memasukkan gambar di dalam komputer ke dalam Artikel anda. 7. Cara memasukkan daripada kamera laptop ke dalam artikel anda. 8. Cara membuat internal link antara artikel 9. Cara memasukkan video dari komputer ke artikel anda. 10. Cara memasukkan video daripada youtube ke artikel anda. 11. Cara membuat Eksternal Link pada artikel anda. 12. Cara mengubah Artikel anda 13. Cara mengosongkan/format artikel anda Dan yang lain akan menyusul di kemudian hari..jangan lupa follow blog saya ya, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang membuat blogger. Dari zero kepada hero..

Disclamier

Laman Web ini, hanya memaparkan maklumat untuk tatapan kepada umum, sebarang kerosakan dan kerugian yang melibatkan maklumat pada laman web ini, kami tidak akan bertanggungjawap ke atas perkara tersebut, semua maklumat adalah di bawah hak cipta kudengking.blogspot.com, sebarang pertanyaan atau pun pandangan , sila email kepada kami dengan kadar yang segera. Sekian dan Terima Kasih Yang Benar; kudengking.blogspot.com

About Me

Hello, Nama saya kudeng , Saya adalah seorang blogger daripada Negeri Sabah. Saya adalah salah seorang Ex-Student dalam bidang Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan di Politeknik Kuching Sarawak. Selepas menghabiskan pengajian Sijil Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan Di Politeknik Kuching Sarawak, Saya kerja sebagai Juruteknik di beberapa syarikat selama beberapa tahun lamanya. Kemudian selepas itu, saya telah melanjutkan pengajian Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan ke Politeknik Sultan Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah. Setelah menghabiskan pengajian di sana, saya telah berkerja beberapa syarikat di Negeri Sabah dengan pelbagai jenis jawatan yang telah saya terima untuk berkerja sebagai seorang perkerja di bawah majikan. Setelah beberapa tahun, saya berkerja sehinggalah pada hari, saya merasa tergerak hati untuk membuat blog tentang Cara untuk membuat blogger yang berkesan dan terkenal. Semoga yang di kongsikan memberi menfaat kepada para pembaca. Sekian dan terima kasih...