Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2019

Pendahuluan Bloggerkudengking

ini adalah logo Blogger.com Apakah itu Blogger? What is Blogger? Ok Blogger adalah sebuah laman sesawang yang dimilik oleh Google serta ia merupakan sebuah kemudahan Blog yang Percuma. Pada pendapat saya, Blogger ini adalah sebuah blog yang mudah dan pantas apabila anda mendaftar di laman blogger ini, anda akan mulai mengetahuinya. Blogger ini boleh digunakan untuk mencatat kehidupan peribadi atau lebih dikenali sebagai diary. Disamping itu juga catatan untuk pengembaraan anda ke mana-mana sahaja anda pergi, kita bolehlah menulis di dalam Blogger ini. Blogger ini juga boleh digunakan untuk menjana pendapatan, ia mempunyai cara dan skill setiap Blog. Sebenarnya banyak lagi laman-laman sesawang penyediaan blog ini secara percuma antaranya ialah wordpress.com, blog.com, blogdrive.com,dan ada pelbagai lagi. Akan tetapi kenapa saya memilih untuk menggunakkan Blogger? 1) SEO friendly Blogger sangat sesuai untuk bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia blogger.

Kata Penghantar Kudengking

Syukur kepada Tuhan kerana telah memberikan saya serba sedikit tentang cara untuk memulakan blog kepada saya. Dengan itu, saya akan memberikan ilmu pengetahuan bagaimanakah cara untuk membuat blog secara berperingkat agar semua pembaca dan juga blogger-blogger yang masih baru dapat mempelajari cara ini agar semua isi kandungan pengetahuan ini dapat dikongsikan. Saya juga berharap blog saya ini mudah difahami oleh masyarakat diluar sana. Di Akhir, pembelajaran cara untuk membuat blog ini nanti, pembaca akan mendapat sesuatu yang berguna dan juga tips untuk memantapkan lagi laman sesawang masing-masing. Saya juga sangat mengharap di masa akan datang , lahirlah blogger-blogger yang terkenal dan berjaya, agar kita orang local boleh bersaing dengan negara-negara luar tentang dunia internet yang semakin hari semakin mencabar. Selamat berjaya!