Langkau ke kandungan utama

Top 10 Topik Blog yang paling ramai mengunjungi (2019)






Apabila anda sedang memulakan sesuatu blog, Selalunya pertanyaan dalam diri anda ialah memikirkan jenis topik blog yang paling ramai orang akan mengunjungi dan gemar untuk mengongsikan kepada rakan-rakan, keluarga dan orang ramai. Terdapat banyak jenis topik blog yang boleh menyebabkan pembaca menjadi seperti itu. Untuk blog yang berjaya, anda perlu memilih niche yang sesuai dengan keperibadian dan minat anda serta niche tersebut boleh diceritakan sehingga ke masa akan datang. Di Dalam artikel blog saya ini, saya akan memberikan pendapat tentang beberapa topik blog yang sangat popular yang anda akan memulakan juga sekarang.

Apa itu Niche?

Niche ialah suatu fasa kata untuk tajuk atau subjek bahasa tertentu yang di pusatkan atau difokuskan dan diminati dikalangan pembaca tertentu . (popular/Viral)

untuk mengetahui lebih tentang niche, anda boleh melayari panduan di wikipedia tentang istilah niche dengan lebih terperinci.

Bagaimana untuk menentukan Niche Saya?

Untuk menentukan niche blog anda perlulah mengetahui tentang kegairahan dan keminatan anda tentang niche kamu itu. Didalam setiap niche itu sendiri, ia mempunyai kekuatan konten sendiri sehinggakan secara automatik ia akan berkembang dengan sendiri dengan minat dalam setiap kekuatan niche yang dipilih.

Anda tidak hanya merencanakan niche dalam konteks tersebut tetapi anda juga perlu memilih tema, mengoptimumkan SEO( search Engine opitimization) dan meningkatkan situasi kerja anda. Ini adalah tugasan yang tidak melibatkan langsung dengan penulisan akan tetapi ia tetap antara yang amat penting untuk tujuan menjadikan blog anda menjadi berjaya.

Antara jenis blog yang sangat terkenal yang ada ialah:

 1. Personal Blog

Personal blog ialah blog peribadi yang dimiliki oleh seseorang penulis, secara umumnya ia sangat berhubung kait dengan blog keperibadian dan isi kandung blog tersebut.

kebanyakanya blog seperti ini lebih menceritakan penulisannya secara peribadi seperti menulis aktiviti,diary, dan blog dijadikan tempat meluahkan perasaan mereka.

Akan tetapi kebanyakannya blog mereka ini menjadi terkenal di Malaysia dan juga negara jiran terdekat.

 2. Blog Berita
Blog berita adalah idea yang sangat sesuai dengan seseorang mahasiswa ataupun journalist. Blog ini biasanya blog berita yang mempunyai pelbagai informasi di seluruh dunia dan di dalam negara serta negeri seperti berita politik,teknologi dan kesihatan.

Blog berita ini juga tidak hanya fokus kepada satu berita sahaja tetapi ia akan menjadi blog berita yang akan sentiasa update dan menjadi baru setiap hari tentang kejadian yang berlaku di sekitarnya.

Untuk pengetahuan kamu,kebiasaanya media-media yang besar akan memiliki blogger sendiri untuk menulis beberapa sub-sub bahagian berita yang ada di dalam medianya.

 3. Blog Muzik
Blog muzik juga mempunyai potensi yang sangat besar untuk mendapatkan trafik daripada google. Industri muzik ini telah menjadi trendmark dikalangan masyarakat terkini.

Perkembangan Muzik yang semakin berubah setiap zaman menjadikan blog ini boleh berjaya dimasa akan datang. Bukan hanya penyanyi saja yang boleh menjadi terkenal ataupun penulis lirik muzik tetapi seorang blogger juga boleh menjadi terkenal dengan penulisannya tentang muzik yang sedang meningkat menjadi terkenal.

 4. Blog Busines/Peniagaan
Blog busines adalah sebuah blog yang profesional dalam industri pengusahawan sesuatu peniagaan tersebut. Kebiasaanya blog seperti ini, ia menawarkan beberapa jenis produk atau tawaran.
Bukan itu saja, blog ini juga memberi pengetahuan serta informasi tentang  berbagai jenis idea perniagaan, cara memulakan perniagaan dan bagaimana menjadi berjaya dalam dunia perniagaan serta banyak lagi.

 5. Blog Movie
Blog Movie atau Blog Filem ialah sebuah blog yang memberikan ulasan tentang sesuatu filem yang bakal ditayangkan disetiap pawagam.

 6. Blog Kreatif
Blog kreatif atau biasanya di sebut DIY,  blog jenis ini sangat menarik perhatian kepada para pembaca diluar. Ini disebabkan blog ini memberikan insiprasi didalam mewujudkan idea-idea yang kreatif dan idea itu berupaya melakukan sesuatu benda yang belum wujud dan difikirkan.

 7. Blog Kewangan
Blog ini lebih kepada cara pengurusan kewangan dan menceritakan tentang kewangan. Ini sudah tentu menarik kepada pembaca yang mengalami masalah dengan kewangan mereka.

 8. Blog Travel/Melancong
Blog travel ini sudah tentu menjadi salah satu tips sebelum melakukan travel ke sesuatu tempat yang akan dilawati. Dalam blog ini biasanya ia akan memberikan tips sebelum melakukan perjalanan melancong ke sesuatu tempat tersebut seperti memilih tempat yang sesuai,informasi tentang tempat tersebut dan ada banyak lagi.

 9. Blog Food/Makanan
Blog tentang makanan pula ada salah satu blog yang terkenal sekali, disebabkan blog ini lebih menceritakan tentang tempat makan,jenis makanan,resepi makanan dan berbagai-bagai blog lagi yang boleh anda lakukan yang berkaitan dengan blog makanan.

10.Blog Peniagaan Online
Jenis blog ini akan menawarkan berbagai jenis produk jualan secara online . Ini disebabkan masyarakat sekarang sudah malas untuk keluar daripada rumah untuk membeli belah di luar.

Proses pemilihan blog anda.

Setelah anda memilih dan memutuskan untuk membuat blog pilihan anda, idea-idea ini akan membantu anda untuk memilih blog yang sesuai dengan kreativiti anda dalam mengolahkan idea baru dalam melaksanakan blog baru anda.

Saya berharap dalam 10 idea blog ini dapat membantu anda memilih blog yang sesuai dengan anda.

Semoga berjaya di dalam dunia blogger.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

About Me

Hello, Nama saya kudeng , Saya adalah seorang blogger daripada Negeri Sabah. Saya adalah salah seorang Ex-Student dalam bidang Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan di Politeknik Kuching Sarawak. Selepas menghabiskan pengajian Sijil Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan Di Politeknik Kuching Sarawak, Saya kerja sebagai Juruteknik di beberapa syarikat selama beberapa tahun lamanya. Kemudian selepas itu, saya telah melanjutkan pengajian Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan ke Politeknik Sultan Mu'adzam Shah, Jitra, Kedah. Setelah menghabiskan pengajian di sana, saya telah berkerja beberapa syarikat di Negeri Sabah dengan pelbagai jenis jawatan yang telah saya terima untuk berkerja sebagai seorang perkerja di bawah majikan. Setelah beberapa tahun, saya berkerja sehinggalah pada hari, saya merasa tergerak hati untuk membuat blog tentang Cara untuk membuat blogger yang berkesan dan terkenal. Semoga yang di kongsikan memberi menfaat kepada para pembaca. Sekian dan terima kasih

Bagaimana untuk mendapatkan Google ke Indeks Artikel Baru di Laman Web

Bagi mereka yang masih tidak mengetahui, Google sekarang memiliki rumah baru untuk GWT atau Alat Webmaster Google. Meskipun telah lama dikenali sebagai Search Console, wajah baru GWT baru di lancarkan dan digunakan secara global dalam beberapa bulan. Google Search Console terbaru ini, ada beberapa perubahan besar yang telah dapat dilihat. Efek yang sederhana, namun ia telah dimodernkan sekarang lebih dominan dan beberapa faktor sedang difasilitasi, salah satunya adalah indeks permintaan yang lebih pendek daripada Alat Webmaster lama. Ini adalah langkah-langkahnya. Buka Google Web Search Console atau klik tautan ini. Kemudian klik Periksa URL dan tampalkan url posting baru dari web yang ingin Anda indeks. URL yang digunakan haruslah telah didaftar di Google Search Console terlebih dahulu. Untuk melanjutkan, tekan tombol enter. Search. Tunggu seketika sehingga sistem berjaya mengimbas untuk kewujudan URL yang diperiksa. Akibatnya, jawatan yang tidak dicentang tidak