Langkah Pertama: Sila mendaftar akaun email anda ke mana-mana jenis carian contoh seperti google email, Yahoo Mail atau apa sahaja jenis email yang anda berminat untuk mendaftarkan untuk akaun email anda. Langkah kedua: Sila mendaftar akaun Blog-blog yang anda berminat. Terdapat banyak jenis blog yang ada didalam dunia internet ini. Salah satu contohnya ialah Blogger.com Langkah ketiga: Pilih nama blog anda yang boleh merangkumi seluruh jenis tajuk yang anda masukkan didalam blog anda itu sehinggakan blog itu akan berkembang sehingga blog anda akan menjadi berjaya dan terkenal diseluruh dunia. Langkah keempat: Pilih tajuk Blog anda, Sebagai contoh Perniagaan , Kesihatan, Pelancongan dan lain-lain. Langkah Kelima: Kembangkan blog anda seperti update setiap minggu atau bulan supaya blog anda menjadi sebuah blog yang aktif sepanjang Tahun. Kerana bukan mudah menulis blog setiap minggu jika kita tidak mempunyai disiplin yang rajin menulis dan menaip. Jika kita lihat kebanyakannya blogger ...
ini adalah logo Blogger.com Apakah itu Blogger? What is Blogger? Ok Blogger adalah sebuah laman sesawang yang dimilik oleh Google serta ia merupakan sebuah kemudahan Blog yang Percuma. Pada pendapat saya, Blogger ini adalah sebuah blog yang mudah dan pantas apabila anda mendaftar di laman blogger ini, anda akan mulai mengetahuinya. Blogger ini boleh digunakan untuk mencatat kehidupan peribadi atau lebih dikenali sebagai diary. Disamping itu juga catatan untuk pengembaraan anda ke mana-mana sahaja anda pergi, kita bolehlah menulis di dalam Blogger ini. Blogger ini juga boleh digunakan untuk menjana pendapatan, ia mempunyai cara dan skill setiap Blog. Sebenarnya banyak lagi laman-laman sesawang penyediaan blog ini secara percuma antaranya ialah wordpress.com, blog.com, blogdrive.com,dan ada pelbagai lagi. Akan tetapi kenapa saya memilih untuk menggunakkan Blogger? 1) SEO friendly Blogger sangat sesuai untuk bagi mereka yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia blogger....